Cara Buat Biskut | Cookies

Kali ini, anak-anak Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 bertuah sangat-sangat. Mereka dah tak perlu minum petang dengan biskut dan kuih dari kedai lagi. Guru tadika mereka dah tahu cara buat biskut sendiri. Anak-anak tadika bakal merasa biskut dan kuih buatan guru-guru tadika mereka, penuh dengan kasih-sayang dan rasa cinta.

Cookies yang baru masuk oven

Cara buat biskut yang paling ringkas tapi sedap, kosnya pula murah sahaja; butter cookies

Bahan-bahannya:
1 biji Telur Gred A
Tepung gandum
Gula
Garam
Butter
Marjerin

Cara buat biskut ni:
Campurkan tepung, butter, gula, garam dan telur hingga sebati. Bentukkan bulat-bulat, bakar pada 200 degree celcius. 

Mudah sangat-sangat. Inilah cara buat biskut buatan sendiri yang paling ringkas untuk guru-guru tadika di sini. Cubaan pertama, hangus sedikit sebab tak pandai kawal oven. Tapi selepas cubaan kedua dan ketiga, alhamdulillah....tadaaaa...

Butter cookies guru-guru tadika yang pertama.

Nampak sedap kan? Ini baru cubaan...asas membuat  biskut. Pasti bertambah erat hubungan anak-anak tadika dengan guru-guru, berkat masakan guru-guru untuk anak-anak tadika mereka. 
Yummy...., nak cuba resepi biskut yang lain lagi !