Doa Harian: DOA MAKBUL Kerana AURA POSITIF Seorang Anak

DOA dari seorang anak yang kecil dan belum baligh adalah tersangat makbul. Tiada hijab dan penghalang dari dimakbulkan DOAnya. Tapi sayang..tak ramai yang meminta anak-anak kecil sebegini berDOA kepada mereka. Anak-anak ini tiada sebarang dosa. Tiada sebarang cela. Mereka memang dah pasti dan sahih penghuni syurga, kerana tiada sebarang dosa. Anak anda nakal dan cakap menipu??? Itu bukan diri mereka yang sebenar, bukan yang mereka mahu. Itu adalah tindak balas keadaan sekeliling yang negatif dan jaga-jaga..mereka mungkin sudah terpengaruh dengan rancangan tv negatif, sikap ibu bapa dan guru mereka yang tidak terlatih.

               Doa Irdina buat guru nya : "Ya Allah, bahagia kan teacher, beri teacher kekayaan, berkat".

DOA anak yang kecil ibarat satu bonus untuk ibu bapa. Minta mereka mendoakan apa sahaja yang baik-baik, rezeki murah serta kaya, kesihatan, semuanya, minta mereka berdoa. Sedar atau tidak, anak kecil ini dipelihara Allah s.w.t. setiap saat waktu. Setiap mereka ditemani oleh ramai malaikat dan aura-aura positif yang banyak. Bukti yang boleh diterima akal, tenaga anak kecil tidak pernah berkurang dari pagi hingga petang disebabkan aura mereka yang bertenaga. Kecuali !!! Apabila anak-anak kecil ini dimarahi, aura positif mereka pecah dan hilang sehingga mereka menjadi lesu dan penat. Dalam pemerhatian dan pemikiran orang yang lama hidup dengan anak-anak  kecil, mereka pasti akan bersetuju dengan fakta menarik namun kurang menjadi kajian ini, iaitu berkaitan dengan "Aura Anak Kecil".

Guru-guru selalu dinasihat dan diingatkan untuk mendapat aura positif seperti anak-anak kecil. Senyum di pagar sekolah menanti anak kecil, berfikiran positif, amalkan mandi dengan air garam bukit, minum air kosong banyak-banyak dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Anak ceria, bahagia dan berprestasi yang baik  kebanyakannya adalah dari kalangan ibu bapa dan guru-guru yang berfikiran positif. Sangat mudah untuk berfikiran positif, antara mahu atau tidak mahu. Mahu berubah sekarang atau tidak hairan dengan keadaan sekarang?

Hidup lebih bermakna jika melakukan yang lebih baik untuk hari ini. Untuk hari esok pula, biarlah yang lebih baik lagi dari hari ini. Ambil masa untuk duduk bersama anak-anak kecil, menyayangi dan membelai mereka, minta mereka berdoa untuk kita. Yakin dalam hati, doa mereka lah paling makbul dari diri kita yang punya banyak dosa ini. DOA dari anak kecil yang beraura positif ini seakan-akan cahaya lurus menembus naik ke langit tujuh, malaikat-malaikat yang bersama anak kecil ini juga mengaminkan..hebatnya anak kecil kerana aura mereka.

Bagi yang ingin mencuba, cubalah denagn meminta anak kecil anda berdoa. Jika masih tiada anak, carilah anak-anak yatim yang memerlukan, bersedekah dan minta mendoakan kita. Anda pasti akan merasa keajaiban dari doa anak kecil ini. Itu sudah pasti, kerana Allah s.w.t menyayangi golongan suci yang tiada dosa ini.