Hadiah Anak Yang Soleh

Ganjaran buat anak soleh yang mendengar kata guru: Bermain permainan Matematik dengan komputer.

Ibu bapa pasti akan berbangga dan berbahagia apabila mendapat anak yang mendengar kata dan arahan. Bersyukur, itu sudah pasti. Bonus kepada ibu bapa jika anak mereka bijak dan soleh. Cukup pakej. Memotivasi anak-anak dengan ganjaran. Perlu berpada, ada masa dan mengikut kesesuaian.

Ganjaran untuk anak-anak yang melakukan perkara yang baik, untuk memotivasikan lagi mereka:

i. Pilih ganjaran yang luar biasa.
ii.Tentukan masa untuk memberi ganjaran dan menikmati ganjaran.
iii.Beritahu anak, kenapa, mengapa mendapat ganjaran.
iv.Ganjaran hanya apabila benar-benar melakukan perkara baik.
v.Kaitkan dengan Allah s.w.t, bahawa setiap perkara baik yang dilakukan mendapat pahala.

Bercerita kepada anak-anak dan terangkan dengan ringkas bahawa perkara positif yang dilakukan akan dapat bantu ibu bapa mereka ke syurga. "Kalau adik sayang mama dan papa, nak masuk syurga dengan mama dan papa, adik kena selalu buat baik..mama bagi hadiah, papa bagi hadiah, tapi Allah..bagi pahala dan bila kumpul banyak-banyak, boleh masuk syurga.."berceritalah dengan mereka.