Senang saja, jawapannya ialah berkongsilah ilmu. Dengan siapa sahaja. Pekerjaan yang tidak memerlukan modal kecuali modal air liur dan berfikir. Takkanlah sejak kecil, tak ada satu ilmu pun yang melekat dalam kepala? Perniagaan yang sangat rugi jika ilmu yang ada selama ini hanya disimpan dalam. Lama-kelamaan pun akan hilang juga ilmu itu jika tidak sebar dan guna. Bankrap nanti.
Kerja part time guru tadika: Membuat ABM kelas- Haiwan jinak dan haiwan liar
Jika seorang guru tadika, pekerjaannya hanya mengajar A B C, Aliff Ba' Ta' dan 1 2 3....cukup, itu sudah cukup besar pahalanya. Seorang anak tadika itu pasti akan menggunakan huruf pertama yang mereka pelajari seperti huruf A tersebut seumur hidup mereka. Jadi pahalanya pula haruslah mengganda sehingga habis umur anak-anak tersebut. Wah..itu baru pekerjaan yang hanya mengajar huruf A kepada anak tadika. Bukan yang mengajar ilmu lain lagi tu.
Kerja part time: Tanam pokok cili padi sebagai penyeri sinki dapur tadika.
Pekerjaan yang sia-sia ialah menuntut ilmu tetapi tidak disebar-sebarkan. Dibiar dalam kepala tanpa amalan. Ilmu yang banyak ibarat pokok yang berdaun lebat seperti 'pokok cili' di atas tu..hehe. Tapi tak ada buah, kerana tak sebar dan amalkan...( nanti kena letak baja, baru berbuah cili tu ! )..dan ilmu yang tidak diguna akan hilang begitu sahaja dimakan usia otak dalam kepala seseorang itu. Jomlah, marilah, kita beramal dan sebar ilmu.