Pesta Buku 2013

Dari Shah Alam, menuju ke tapak pesta-pesta buku sekitar Selangor. Sungguh meriah. Shah Alam juga merupakan lokasi yang paling kerap diadakan Pesta Buku. Meriahnya Selangor ni dengan pesta buku. Tahun 2013 kali ini, Tadika Shah Alam tak akan melepaskan peluang untuk melawat pesta buku sekitar Selangor. Dari SACC Shah Alam, yang bakal bermula pada 23 April hinggalah ke Pesta Buku PWTC yang berakhir awal bulan Mei. Dengar khabarnya, banyak syarikat penerbitan yang ingin melelong buku-buku cerita Bahasa Melayu dan Inggeris sama ada yang besar mahu pun yang kecil pada Pesta Buku nanti. Seronoknya, boleh tambah koleksi untuk anak-anak Tadika Shah Alam.


Kadang-kadang terfikir juga untuk mengarang, melukis dan mencetak sendiri buku-buku cerita bersaiz besar untuk anak-anak Tadika Shah Alam. Namun, untuk mendapat kepakaran tersebut memerlukan masa, tenaga dan ketekunan yang tinggi. Sedikit informasi yang diperolehi oleh Tadika Shah Alam tentang pesta buku yang bakal berlangsung;
 
Pesta Buku di SACC Mall, Shah Alam
23 April 2013
1 minggu

Pesta Buku 2013
Lokasi: TR3, TR4, Legar Putra, Tun Hussein Onn, Tun Dr Ismail, Pelantaran Putra
Tarikh Mula: 2013-04-25
Tarikh Akhir: 2013-05-05

Forum Malaysia Membaca "Bagaimana Menjadi Pencinta Buku"

Forum Malaysia Membaca "Bagaimana Menjadi Pencinta Buku"
Selasa, 23 April 2013 bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang 
bertempat di Auditorium, Tingkat 2, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.