PRU 13 | Pilihanraya 2013 | Cuti Lagi

Musim pilihanraya datang lagi. 5 tahun sekali. Mandat diberi oleh rakyat untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan jadi yang terbilang di SANA. Sekali lagi, selepas cuti awal tahun tadika, kali ini cuti peristiwa akan diambil oleh guru-guru yang mengundi jauh di kampung halaman. Kawasan Pantai Timur terutamanya. Nampaknya, guru tadika pun tahu jalankan amanah sebagai rakyat, alhamdulillah!

Dalam kesempatan menghadapi detik-detik PRU 13 nanti, sempat jugalah guru-guru bergotong-royong membersihkan kawasan tadika. Cuba lihat apa yang guru tadika jumpa.........

Setandan pisang masak di kawasan tadika

Namanya ialah banana. Bahasa Inggerisnya. Jika Bahasa Melayu nya pula, ia disebut sebagai buah pisang. Inilah rezeki untuk anak-anak tadika. Setandan pisang masak ranum, Tiada tupai yang mengusik-usik buahnya, cukup buahnya dalam tandan, rasanya? MasyaAllah, manis sangat. Warna kulitnya kuning terang tetapi kehitaman. Bukan kerana buahnya busuk, tapi kerana sudah ranum masak. Isinya kuning manis, tidak lebam. Suburnya tanah tadika berkat bacaan zikir dan al-Quran anak-anak. Tidak pernah kami baja dan siram. Namun, tumbuh segar di belakang kawasan tadika.

Pisang goreng sedap, gorengan Teacher Ain untuk anak-anak tadika.

Inilah hasilnya, habis setandan pisang digoreng oleh Teacher Ain untuk anak-anak tadika. Sempat berseloroh, dah minta izin tuan tanah ke ambil pisang ni??? Oh, sudah. Walaupun kawasan tadika disewa, tuan rumah cukup pemurah ( bukan Islam ), izin guru-guru guna dan ambil apa yang ada. Teringat apabila bertanya kepada tuan rumah, "Mr Eddy nak kami bawa pisang masak ke ofis bila dah masak nanti?" Balasnya, "Tak mengapa, ambil saja makan." Baiknya.

Kawasan dah bersih, halaman dah kemas, perut pun dah diisi pisang goreng yang manis. Jadi, semua sudah bersedia untuk balik mengundi. Minda untuk mengundi.