Tadika Shah Alam : Wajib masakan 'carrot' setiap hari di tadika.
Mata adalah anugerah Allah yang tak terhingga. Hampir keseluruh manusia menggunakan mata untuk berkomunikasi. Di tadika, menu harian yang diberi kepada anak-anak kecil ialah lobak merah atau lebih dikenali sebagai 'carrot'. Alhamdulillah, kami sebagai guru tadika sendiri pun merasai kesan-kesan memakan 'carrot' ini. Mata menjadi semakin cerah, jelas dan tajam. Kalau di universiti dulu, guru-guru turut mengalami silau dan rabun. Keadaan berubah selepas bekerja di tadika Shah Alam disebabkan amalan memasukkan 'carrot' dalam menu harian.
Tadika Shah Alam: Pelbagai jenis menu boleh direka dari 'carrot'
Di tadika, kami mempelbagaikan menu 'carrot'. 'Carrot' dimasuk ke dalam resepi lauk-pauk anak-anak, sayur goreng dan sayur rebus, minuman jus dan sarapan pagi. Cukup berbaloi menyediakan resepi berasaskan 'carrot' kerana kesemua anak-anak tadika Shah Alam kami makan dan berselera dengan 'carrot'. Disamping itu juga, harga 'carrot' sungguh berpatutan sebagai menu harian. Rasanya yang manis, tidak pahit, tekstur seperti kentang, serta berwarna oren yang ceria ini memang tiada tandingan dengan sayuran lain.
Resepi 'carrot' terbaru yang ingin dikongsi bersama; PANKEK SUSU CARROT.
Mudah dan ringkas. Hanya gunakan tepung, air, sedikit gula garam, susu dan parutan 'carrot'. Dihidang pada waktu pagi atau petang, insyaAllah, habis licin jadi santapan anak-anak !