Tadika Shah Alam: Kad Hari Guru yang mengusik hati guru tadika.
16 Mei 2013: Hampir ke semua sekolah di Malaysia menyambut Hari Guru pada tarikh ini. Pada hari inilah, bekas-bekas guru biasanya akan diingat kembali, tak lupa juga jasa-jasa guru lepas-lepas yang banyak mengajar erti perjuangan dalam hidup. Guru-guru yang pernah mendenda ketika sekolah rendah, pasti jadi ingatan selamanya. Guru-guru yang kuat merotan dan mendenda pelajar, biasanya akan di ingat jenis-jenis rotan dan pembaris tersebut. Tetapi jika guru yang tak puas-puas menasihat, akan di ingat sebagai guru terbaik yang tak jemu mendidik pelajar ke arah kejayaan. Guru-guru boleh memilih sama ada untuk menjadi ingatan sebagai 'Guru Pendenda' atau sebagai seorang 'Guru Dedikasi'.
Pagi 16 Mei 2013, tidak seperti pengusaha tadika lain yang sedang menyanyi riang lagu 'Kami Guru Malaysia', kami bergerak bertemu di Perjumpaan Kasih (meeting mingguan pengusaha tadika) di Headquarters (HQ) kami di Subang Jaya. Tenang dan sungguh positif apabila bersama kerana perbincangannya positif-positif belaka. Antara topik yang menjadi tumpuan saya ialah perbincangan tentang 'Pancaroba Guru Menangani Dajjal'. Wah, besar dan nampak dahsyat ! Melintaslah di fikiran wajah dajjal bermata satu di dahi, hitam, rambut kerinting dan wallahualam hanya Allah SWT yang lebih Mengetahui rupa sebenar dajjal tersebut.
'Pancaroba' seperti rintangan, ujian, dan paling penting ialah KESABARAN. 'Guru' ialah setiap insan, makhluk bernama manusia yang minimum nya mengajar satu huruf 'a' kepada pelajar yang tak kira usia. 'Menangani' itu seperti menyelesaikan dan 'Dajjal' itu makhluk Allah SWT yang memang dikatakan oleh ulamak sudah ada di dunia dan zaman sekarang. Besar dan wow..itulah tanggungjawab guru tadika.
Tumpuan di beri kepada pen'dajal'an pihak-pihak hiburan terhadap tumbesaran dan kehidupan anak-anak kecil masa kini. Kisah-kisah illuminati yang semakin diketahui umum, dan perancangan Yahudi Illuminati yang sudah dibincang ramai ulamak. Kami mengupas kelalaian ibu bapa yang membiarkan anak-anak kecil menonton drama-drama orang dewasa yang memang tiada manfaat, filem-filem animasi Narnia, Disney dan sebagainya yang jika hanya dipandang sebelah mata cuma hiburan fantasi untuk anak-anak dan mengelakkan anak-anak dari membuat bising. Biar saja anak-anak menonton..tanpa menyedari anak-anak Islam kita di'illuminati' dan dipupuk dengan rasa tidak bertuah kepada Allah tanpa sedar. 'Subconscious mind' atau minda separuh sedar itulah target sang dajjal. Tumpuan sang dajjal untuk menyeru anak-anak kecil yang bakal dewasa kelak memilih untuk tidak bertuhankan Allah SWT.
Turut menjadi dilema kami, sumber dan alternatif kepada hiburan lagha dajjal masa kini terlalu sedikit dan sistemnya masa kurang berkesan di Malaysia. Siapa mampu melawan tarikan fantasi dan kesan grafik memukau hiburan dari Walt Disney, Monster Inc., dan sebagainya? Sedangkan Upin Ipin, Boboi Boy, Bola Kampung dan sebagainya masih perlu diperbaiki dialog kepada lebih bermanfaat. Pernah kalangan anak-anak kecil tadika berfantasi kerana dialog Kak Ros menampar Upin Ipin. Guru dituduh menampar anak-anak kecil kerana anak-anak kecil menggunakan dialog Kak Ros. Itu hanya secebis dialog dari watak Kak Ros Upin Ipin, bagaimana dengan dialog ber'makna' sepanjang watak-watak kartun Disney?
Alternatif dan kepakaran Malaysia terhad namun boleh dipertingkat walaupun cukup mengambil masa. Inisiatif para guru dan ibu bapa ialah dengan bekerjasama mulai sekarang. Ambil masa untuk berbincang bersama-sama ibu bapa dan guru tentang perkembangan anak-anak di rumah dan di sekolah. Kami di tadika juga sedang dalam proses mengumpul idea, sumber dan pandangan tentang alternatif kecil yang boleh diberi kepada ibu bapa bagi mengganti hiburan-hiburan 'dajjal belakang tabir' kepada hiburan yang lebih Islamik dan profesional. Umum mengetahui, hiburan Islamik sukar untuk didapati secara percuma, hampir ke semuanya tinggi bayarannya.
Doa dan berwaspada, itu antara caranya. Pinta dipimpin oleh Allah SWT jalan yang lurus dan dielakkan dari tipu daya sang dajjal. Saya agak berfikir panjang, menyusun strategi melawan dan mengelak 'subconscious mind' anak-anak menjadi mangsa.
i. Hiburan percuma menghafaz Al-Quran menjadi lebih seronok.
ii. Media ASTRO,TV1,TV2,TV3,TV9 mencari dan menapis hiburan untuk tontonan kanak-kanak kecil
melalui nasihat dan kepakaran ustaz-ustaz TV masing-masing.
iii. Sistem yang jelas serta ringkas dan mampu diikuti oleh ibu bapa yang sangat sibuk bekerja.