Hari Taklimat : Ibu Bapa dan Pengetua Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 & Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.
Hari Taklimat kepada ibu bapa yang baru sahaja menyertai Dzul Iman Smart Khalifah Seksyen 2 & Seksyen 4, Shah Alam diadakan pada setiap penghujung tahun. Dan kebiasaannya akan berlaku sekitar penghujung bulan Disember pada setiap tahun.
Hari Taklimat ini adalah merupakan salah satu kaedah penyampaian maklumat dan info kepada ibu bapa selain daripada perkongsian maklumat melalui Whatsapp Group, Telegram dan Direct Message kepada ibu bapa.
Didalam Hari Taklimat ini, pengetua akan bertindak sebagai pengendali program dan memberikan maklumat kepada ibu bapa secara terus dan menggalakkan komunikasi dua hala. Nota biasanya akan diberikan dalam bentuk 'sofcopy' bagi tujuan rujukan ibu bapa setelah taklimat tamat dijalankan.
Selepas melewati pasca Covid, Hari Taklimat yang biasanya diadakan secara ""offline" sebelum itu, ditukar kepada Hari Taklimat secara atas online. Apabila melihat keberkesanan dari aspek penjimatan masa, kos, ruang dan kebolehdayaan ibu bapa bertanyakan soalan secara bertulis dan membuka mikrofon membuatkan pihak kami terus memilih kaedah atas talian sebagai pilihan untuk mengadakan Hari Taklimat.
Usaha-usaha penyampaian maklumat ini bukanlah terhenti di Hari taklimat sahaja. Usai program, ibu bapa digalakkan untuk terus berkomunikasi dengan pihak pengurusan dan guru dalam mencapai kesefahaman dan kata sepakat sepanjang keberadaan anak-anak ditaska.
Dengan komunikasi berterusan antara pendidik dan ibu bapa, diharap akan mengukuhkan lagi hubungan mesra dan erat dalam bersama-sama memberikan pendidikan terbaik terhadap anak-anak disini.
Tadika Shah Alam | Pendaftaran Tadika | Tahun Baru | Kurikulum Sepadu PraSekolah Kebangsaan