Kelas tuisyen untuk Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) menjadi pilihan utama ibu bapa yang ingin memperkukuhkan pendidikan agama dan akademik anak-anak. Pelbagai pusat tuisyen menawarkan program khas yang memberi tumpuan kepada subjek seperti Jawi, Bahasa Arab, Al-Quran, dan Fardu Ain. Lokasi popular seperti Shah Alam dan Subang Jaya sering menjadi tumpuan, kerana terdapat banyak pusat tuisyen yang menyediakan modul pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar SRAI.
Keberkesanan program tuisyen untuk SRAI biasanya dinilai berdasarkan kemampuan pelajar menguasai pelajaran dan prestasi mereka dalam peperiksaan seperti UPKK dan PSRA. Oleh itu, ibu bapa sering mencari kelas tambahan yang menawarkan pendekatan berstruktur dengan guru berpengalaman. Sebagai contoh, pusat tuisyen seperti Pusat Tuisyen Sohor dan Akademi Super menyediakan pelbagai subjek dan modul khas yang dirancang untuk membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan ini.
Harga dan jadual kelas juga memainkan peranan penting dalam pemilihan tuisyen. Ibu bapa sering mencari kelas dengan yuran yang berpatutan serta jadual yang fleksibel seperti kelas malam atau hujung minggu, sesuai dengan masa anak-anak yang sibuk. Pilihan seperti kelas dalam talian juga semakin popular, memudahkan ibu bapa dan pelajar mengakses pembelajaran tanpa perlu hadir secara fizikal.
Kaedah pengajaran yang interaktif dan menyeronokkan turut menarik perhatian ibu bapa. Pendekatan ini membantu meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari subjek agama sambil mengukuhkan nilai-nilai Islam. Dengan reputasi yang baik, kelas tuisyen seperti ini sering menjadi pilihan kerana guru-gurunya yang berpengalaman dan ulasan positif daripada ibu bapa lain. Oleh itu, pemilihan pusat tuisyen yang tepat dapat memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang seimbang dan menyeluruh.
====================>>>
TAHUKAH IBU AYAH ?
SRAI adalah merupakan sekolah rendah agama dibawah pengurusan pihak Jabatan Agama Islam Selangor. Sekolah ini menjadi rebutan para ibu bapa memandangkan silibus agama yang ditekankan dalam pembelajaran di sekolah ini.
SRAI beroperasi bermula pada jam 7.15 pagi dan memulakan sesinya seusai perhimpunan pagi dengan bacaan doa dan perekodan kehadiran. Sesi pagi anak-anak SRAI akan mempelajari subjek-subjek Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR) dibawah susun atur pihak KPM. Sesi pagi akan tamat sekitar jam 12.30 atau 1.00 petang disusuli dengan solat Zohor berjemaah di surau sekolah. Tepat jam 2 petang kemudian, anak-anak akan meneruskan pembelajaran mereka untuk subjek Kurikulum Sepadu Rendah Agama (KSRA).
Sesi petang berakhir pada jam 3.30 petang. Namun bagi ibu ayah yang berminat untuk menyertakan anak-anak ke kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak SRAI, ibu ayah bolehlah mendaftar kelas tuisyen yang bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 5.15 petang. Tambahan yuran bulanan bagi kelas tuisyen akan dikenakan.
Banyak kelebihan yang boleh didapati di SRAI ini. Disebabkan oleh tapisan yang ketat oleh pihak JAIS terhadap kemasukan pelajar, ibu ayah akan mendapati bahawa di SRAI majoriti pelajarnya adalah dari kalangan kanak-kanak pintar, genius dan rajin berusaha. Dengan lingkungan pelajar sebegini, anak-ana k akan beroleh suasana ilmu yang baik dan rakan sebaya yang rajin berusaha.
Disebabkan persaingan yang tinggi untuk memasuki SRAI ini juga, kawalan disiplin terhadap pelajar agak tinggi. Kesalahan dan disiplin yang diingkari akan membawa kepada penyingkiran dari SRAI. Oleh itu. ibu ayah akan menjadi lebih berwaspada dalam mengawal disiplin anak-anak untuk mengelakkan dari disingkarkan kerana masalah disiplin. Hal ini mewujudkan suasana kurang masalah disiplin dikalangan pelajar SRAI.
Di SRAI juga, pelbagai aktiviti luar dijalankan untuk pelajar SRAI. Pelbagai anugerah dan piala kemenangan dicapai oleh pelajar SRAI diluar sana. Walaupun aktiviti sukan dan permainan terhad, pihak pengurusan SRAI tidak lupa untuk menggalakkan ibu ayah menghantar anak-anak mereka bertanding diluar sekolah bagi meningkatkan prestasi dan menajamkan skill yang ada pada anak masing-masing.
Semoga usaha-usaha pihak JAIS dalam memodalkan insan secara seimbang antara dunia dan akhirat berterusan dan terus gemilang.
============================>>>>
TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERSEDIAAN KEMASUKAN SRAI
1. Anak-anak perlulah bersedia dengan asas kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira serta Memahami Soalan yang diberikan oleh pemeriksa.
2. Anak-anak perlulah membiasakan diri menjawab contoh-contoh soalan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS dan seumpamanya. Koleksi buku-buku latihan tersebut terdapat dikebanyakan kedai buku dan Shopee.
3. Anak-anak perlulah mahir dengan doa-doa ringkas, menghafal surah lazim dalam al-Quran dan zikir-zikir ringkas.
4. Pastikan anak-anak mampu untuk membaca ayat-ayat al-Quran dan ayat dalam bentuk Jawi.
Perkara-perkara berikut adalah asas yang kebiasaannya ditanya oleh pemeriksa. Dari masa ke semasa juga mungkin ada perubahan namun perkara-perkara asas sebegini sebaiknya anak-anak sudah dibiasakan. Walaupun persaingan sengit namun jika terus berusaha ilmu-ilmu dan kemahiran tersebut dapat digunakan walau anak ke mana-mana sekolah juga.
=========================================>>>>>
Di Dzul Iman Smart Khalifah juga, kami menyediakan Kelas Persediaan buat anak-anak yang ingin menduduki ujian kemasukan ke SRAI Seksyen 7 dan SRAI Seksyen 19. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar tadika kami namun sekiranya terdapat ibu bapa yang ingin mencuba untuk menyertai kelas persediaan SRAI kami, amatlah dialu-alukan. Dan sebelum anak dari luar diterima masuk ke kelas persediaan ini, anak-anak akan diuji terlebih dahulu tahap Membaca. Menulis, Mengira dan Komunikasi mereka. Penting untuk kami memastikan bahawa anak-anak luar yang ingin menyertai kelas persediaan SRAI ini mempunyai tahap perkembangan dan 3MK yang bersesuaian terlebih dahulu.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut https://wa.me/60196141672?text=SRAI
Tuisyen SRAI | SRAI Seksyen 7 | SRAI Seksyen 19 | SRAI Shah Alam