Buletin Tadika



================================================

DISEBALIK MAKNA BASSS.


Anak-anak Tadika Shah Alam ,dari pendidikmu.

Jadikan BASSS ini sebagai pengangkutan dan bawalah ia ke mana-mana dalam langkahmu.


Bismillah (B)
Amalkan dalam rutin aktiviti mu dengan bacaan Bismillah "dengan nama Allah".
Kerana ia mengingatkan dirimu agar berwaspada dalam melakukan sesuatu.
Ada Maha Melihat yang Maha Mengetahui sesuatu pada mu.

Aurat (A)
Lelaki atau perempuan, peliharalah aurat mu.
Ada rahmat disebalik arahan lelaki menutup dari pusat hingga ke lutut dan perempuan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Hikmahnya buat yang berfikir.

Solat (S)
Jaga tiang agamamu sekerah tenaga mu.
Mana mungkin sanggup kita bernafas dimuka bumi tanpa menjaga amanah solat ini sepanjang hidup.
Malu.

Senyum (S)
Raikan tiap manusia yang ditemui dengan bahagia.
Walau ujian penuh didada. Senyumlah.

Salam (S)
Pembuka kepada erat ialah salam.
Walau tanpa dikenali saudara, mungkin salam kepadanya jadi rahmat kepada diri kita.


"Guru-guru Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Shah Alam diwajibkan untuk menghadiri kursus bulanan yang dinamakan GERAK. Program sebegini bukan sahaja menyuntik semangat mencintai ilmu malah turut menjelmakan rasa ukhuwah yang erat diantara guru-guru cawangan"



Tips Mendidik Anak | Doa-Doa Harian | Anak Soleh | Peranan Ibu Bapa